Friday, September 26, 2008

"Postcrossing - Postcards Traveling The World"

Hobi Terbaru Kiter Untuk Tahun Ini..

Sedikit Info Mengenai PostCrossing

( Info From www.postcrossing.com )

Projek ini

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak.

Mengapa? Kerana, seperti pengasas projek ini, terdapat ramai orang suka menerima surat dan poskad.
Anda akan menerima poskad dari pelbagai tempat dari seluruh dunia secara tidak disangka-sangka (juga dari tempat yang mungkin anda tidak pernah dengar!), dan anda akan mendapat kejutan dari dalam peti surat! Pasti anda sukakannya bukan?

Bagaimana ia berlaku?

Secara ringkas:

1. Dapatkan alamat seseorang daripada laman web ini
2. Hantarkan poskad ke alamat tersebut
3. Tunggu dan anda akan menerima sekeping poskad
4. Daftar poskad tersebut ke dalam sistem


Langkah pertama adalah mendapatkan alamat pengguna lain dimana anda akan menghantar sekeping poskad kepadanya. Anda akan menerima alamat berserta nombor ID (contoh: MY-6948). Nombor ID poskad ini adalah untuk mengenalpasti poskad anda di dalam sistem.

Hantarkan sekeping poskad ke alamat tersebut, dan jangan lupa tuliskan nombor ID pada poskad yang dihantar. Ia akan membolehkan penerima poskad mendaftar poskad anda ke dalam sistem Postcrossing, seterusnya alamat anda akan diberikan kepada postcrosser seterusnya, dan dia akan menghantar poskad kepada anda.

Anda dibenarkan menghantar 5 poskad pada satu-satu masa. Setiap kali poskad anda sampai ke tangan penerima dan didaftarkan, anda boleh meminta alamat yang baru.

Hari Ini Teman Dah Pos 5 Keping Poskad Yang Berimejkan Bandar Diraja Kuala Kangsar Kepada Rakan Di Luar Negara

Penerima - Negara - Jarak Perjalanan Dari Kuala Kangsar
soniafpt - Portugal - 11,292 Km
odour - Canada - 14,683 Km
fintzel - Germany - 9,553 Km
Blumes - U.S.A. - 12,965 Km
Agathafan - Finland - 8,685 Km

Jadi Mana Rakan2 RA Yang Berminat. Boleh Join. Disamping Mengumpul QSL Card. Ini Juga Salah Satu Hobi Yang Amat Menarik Untuk Diceburi.

Ada Yang Bertanya Berapa Kos Sebenarnya... Jadi Disini Teman Beritahu Berapa Perbelanjaan Yang Perlu Dikeluarkan..

POSKAD : RM0.30 - RM1.00 (Bergantung Pada Jenis Poskad)
SETEM : RM0.50 ( Standard Caj Setem Untuk Kemana-Mana Destinasi Di Dunia )

*******************************************************

G.INAS 145.600 -600 T85.4

9W2LLO - Abang Ramli ( Mobile Pulang Cuti Raya Ke Lenggong )
9W2MIZ - Cikgu Mizi ( Base Gerik )

9W2NPT - Nizam Kubu Gajah ( Radio Check )

No comments: