Monday, September 14, 2009

Buah Pala Pulau Pinang...

Hari Ini Ahad Bersamaan 14 September 2009 Teman Mengharungi Satu Lagi Perjalanan Yang Jauh Iaitu Ke Bukit Mertajam Atas Tugasan Rasmi Luar Pejabat ( hehe ) ... Pulau Pinang Memang Terkenal Dengan Buah Pala dan Jeruk Jeruk. Mungkin Rakan2 Radio Juga Pernah Membeli Buah Pala Yang Telah Dipaketkan Dan Hari Ini Teman Berkesempatan Singgah Seketika Di Kilang Pemprosesan Buah Pala Dan Jeruk Yang Cukup Popular Di Area Bukit Mertajam Pulau Pinang...

Lokasi Kilang Tersebut.
GPS Coordinate : N 05° 22.687' E 100° 28.377'






73
9w2sgn

Sunday, September 13, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Program : Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak2 Yatim
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting
Tarikh : 12 September 2009











Alhamdulilah Selesai Sudah Program Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) Bersama Anak-Anak Yatim Pada Malam Tadi. Seramai 24 Anak Yatim Telah Diraikan Pada Majlis Tersebut Disertai Oleh Lebih Kurang 35 Rakan-Rakan Radio Amatur Dari Lokalan Taiping V20, Kuala Kangsar V28, Ipoh V??, Manjung V32 Dan Parit Buntar V38. Program Yang Dimulakan Dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Penyampaian Sumbangan Daripada Rakan2 Radio Amatur Dan Diakhiri Dengan Solat Tarawih Berjemaah.Tahniah Kepada Pihak Urusetia ASTRA Kerana Berjaya Menganjurkan Program Amal Begini Dan Diharapkan Dapat Dijadikan Acara Tahunan Pada Masa Akan Datang. Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakan2 Radio Amatur Yang Sudi Meluangkan Masa Menceriakan Wajah Anak2 Kecil Yang Sentiasa Dahagakan Kasih Sayang.

73
9w2sgn

Thursday, September 10, 2009

Kena Menabung Nie....






Raise and lower your antenna with a touch of the button with the K9000 motorized mount for trunk lips & hatchbacks.


Special Features:
Accepts "Ground Independent" antennas up to 45" in length
0-90° range; operates from 12VDC with fused cigarette plug
Includes 20' cable to switch
Compantible with Diamond C-series base/cable assemblies
Also available for luggage rack and oversize luggage rack installations


9w2sgn komen : minat sangat dengan antenna mount nie... kenapa minat?.. sebab ayat nie "Raise and lower your antenna with a touch of the button" ..... tak payah la teman nak kena benti bukak antena radio teman tue dah setiap kali melalui kawasan2 yang rendah bumbungnya...nampaknya kena la menabung... memang teman akan dapatkan satu antenna mount nie..

Wednesday, September 9, 2009

Yey Bonus.....


Cuepacs setuju bantuan khas, kecewa tiada bonus

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

Sumber : Berita Harian Online

9W2SGN Komen : Jadilah Dari Tak Dapat Langsung.. Lepas Gak Nak Bagi Duit Raya Kat Anak2 Buah.. Bersyukurlah..

Monday, September 7, 2009

Aku Seekor Memerang...

Hehe.. Cerita Ni Sebenarnya Agak Lama Tapi Dipost Di Dalam Satu Forum Iaitu Forum@Cari.Com.My... Didalam Ruangan Photography And Video. Antara Satu Thread Yang Teman Cukup Aktif Suatu Ketika Dulu. Ketika Berbual Dengan Rakan2 V20 Taiping Semalam. Cerita Ini Muncul Kembali Kerana Ada Rakan Yang Berkunjung Ke Galeri Foto Teman Dan Tertarik Dengan Gambar Memerang Yang Teman Amek Di Jeti Lumut. Jadi Untuk Mengembalikan Nostalgia Lama Bagi Rakan2 Yang Tak Berkesempatan. Teman Copy Dan Paste Balik Text Dari Forum Tersebut Untuk Tatapan Rakan2.

Kisahnya Aku Seekor Memerang...
Original Posting...
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=282041&extra=page%3D36

Post at 25-5-2007 17:41 | by pUtRa^^sHaH

Aku Seekor Memerang ... Di Tepi Jeti Lumut .... Mengayakan Badan Untuk Ujibakat Modelling....


Mari Belajar Cara Cuci Muka Bersama Saya ....


Ada 4 Cara Untuk Mencuci Muka ....


Mulakan Dari Bawah Dagu Anda....


Ehhh.... salah tu salah...


Aduh... susahnya nak mengajar makhluk nama manusia nie....


Hmmm... camnerlah nak bagi deme nie faham...


Takpelah... Pandai Pandai Kome La Buat Macam Mana Pun... Janji Bahagia...


Sekian.. Terima Kasih..Hehe

9w2sgn

TT With Cikgu Bob 9W2BPT

Selepas Program Tersebut Teman Bertemu Pulak Dengan Rakan2 Lokalan V20.. 9W2BPT, 9W2OPT, 9W2FTT Dan 9W2RMX

Seronok Melihat Cikgu Bob Yang Tak Pernah Lekang Dengan Senyumannya..






Dan Buat Rakan2, Jangan Lupa Pada 12 September Ini. Semua Dijemput Datang Ke Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting Sempena Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak2 Yatim.

PROSBOC : TT Berbuka Puasa Sempena 1Tahun PROSBOC PERAK

Lokasi : Restoren Taiping Utara
Tarikh : 6 September 2009









Friday, September 4, 2009

Sekadar Ingin Berkongsi....

Aku ada pasangan hidupku sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ... FIKIR FIKIRKANLAH

Tuesday, September 1, 2009

Jemputan Berbuka Puasa Buat Semua...

1. Majlis Berbuka Puasa Bersama PARTS

Lokasi : Wakaf PARTS, JKR 561 & JKR 562, Lorong Silibin, Ipoh
GPS Coordinates : N 04°36.122' E 101°04.191'
Tarikh : 5 September 2009

Aturcara Majlis :
- Bacaan Yasin
- Doa Selamat
- Berbuka Puasa
- Solat Magrib
- Majlis makan
- Solat Isyak
- Solat Tarawih
- Jamuan Ringan
- Bersurai.

Pembimbing Al-Fadil Ustaz Najadi 9w2DFA , Al-Fadil Ustaz Shamsul 9w2SSG

2. ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim

Rakan-Rakan Yang Mempunyai Kelapangan Dan Kesudian Adalah Dijemput Untuk Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak Yatim.

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Perak
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 5.45 Petang

Sebarang Sumbangan Ikhlas Boleh Disampaikan Terus Kepada Saudara Bob 9W2BPT. Sila Hubungi 019-5762734 Bob 9W2BPT

Surat Makluman : http://www.astra.org.my/docs/sedekah.pdf

Simpleks : V20 145.250