Saturday, September 19, 2009

Lemang Lemang @ V20 Kampungku Taiping

Sempat Juga Teman Singgah Seketika Melihat Rakan2 Radio Amatur Lokalan V20 Taiping Yang Bersama-Sama Berkerjasama Untuk Melaksanakan Program Lemang@V20. Penglibatan Rakan2 Radio Amatur V20 Taiping Dalam Menjayakan Program Tersebut Amat Kelihatan Walaupun Ketika Itu Ada Yang Masih Sibuk Dalam Membuat Persiapan Menghadapi Aidilfitri. Tahniah Di Atas Penganjuran Program Sedemikian.












Selamat Hari Raya Kepada Semua. Maaf Zahir Dan Batin

73
9W2SGN

PROCC : TT Berbuka Puasa Penutup Ramadhan

19 September 2009. Teman Mengambil Kesempatan Berjumpa Dengan Rakan2 Dari PROCC MotorSport Yang Telah Menganjurkan Program Berbuka Puasa Sempena Penutup Bulan Ramadhan Tahun 2009. Program Di Adakan Di Old Town Cafe, Taiping Sentral, Taiping.





Wednesday, September 16, 2009

Salam AidilFitri Buat Semua...



Teman Mengambil Kesempatan Mengucapkan Salam AidilFitri Kepada Semua Pengunjung Blog Teman Terutamanya Daripada Rakan Rakan Radio Amatur Seluruhnya.

Salam
Aidilfitri '09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..

Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,silap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN,
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Yang Ikhlas....

9W2SGN Shahrul Azril Bin Sulaiman
73

Monday, September 14, 2009

Buah Pala Pulau Pinang...

Hari Ini Ahad Bersamaan 14 September 2009 Teman Mengharungi Satu Lagi Perjalanan Yang Jauh Iaitu Ke Bukit Mertajam Atas Tugasan Rasmi Luar Pejabat ( hehe ) ... Pulau Pinang Memang Terkenal Dengan Buah Pala dan Jeruk Jeruk. Mungkin Rakan2 Radio Juga Pernah Membeli Buah Pala Yang Telah Dipaketkan Dan Hari Ini Teman Berkesempatan Singgah Seketika Di Kilang Pemprosesan Buah Pala Dan Jeruk Yang Cukup Popular Di Area Bukit Mertajam Pulau Pinang...

Lokasi Kilang Tersebut.
GPS Coordinate : N 05° 22.687' E 100° 28.377'






73
9w2sgn

Sunday, September 13, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Program : Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak2 Yatim
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting
Tarikh : 12 September 2009











Alhamdulilah Selesai Sudah Program Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) Bersama Anak-Anak Yatim Pada Malam Tadi. Seramai 24 Anak Yatim Telah Diraikan Pada Majlis Tersebut Disertai Oleh Lebih Kurang 35 Rakan-Rakan Radio Amatur Dari Lokalan Taiping V20, Kuala Kangsar V28, Ipoh V??, Manjung V32 Dan Parit Buntar V38. Program Yang Dimulakan Dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Penyampaian Sumbangan Daripada Rakan2 Radio Amatur Dan Diakhiri Dengan Solat Tarawih Berjemaah.Tahniah Kepada Pihak Urusetia ASTRA Kerana Berjaya Menganjurkan Program Amal Begini Dan Diharapkan Dapat Dijadikan Acara Tahunan Pada Masa Akan Datang. Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakan2 Radio Amatur Yang Sudi Meluangkan Masa Menceriakan Wajah Anak2 Kecil Yang Sentiasa Dahagakan Kasih Sayang.

73
9w2sgn