Sunday, December 14, 2008

Melawat Ke Rumah Wakaf PARTS

Hari Ni Teman Berkunjung Ke Rumah Wakaf PARTS ( Perak Amateur Radio Transmitter Society ) Di Silibin. Ketika Itu Rakan2 Sedang Membuat Perbincangan Sambil Mempelajari Dan Membuat Persiapan Untuk Menghadapi Peperiksaan RAE Yang Akan Diadakan Pada 17 Disember Ini. Semoga Berjaya Buat Rakan2 SWAL Yang Akan Menduduki Peperiksaan Tersebut.


Juruaudio Visual ...

Salam Buat Semua. Semoga Terkhabar Sihat Buat Semua Rakan2ku Ataupun Pembaca Blog Ini. Hari Ni Teman Nak Bercerita Mengenai Jawatan Teman Sebagai Juruaudio Visual. Ini Pernah Ditanya Oleh Rakan2 Teman. Apa Sebenarnya Skop Kerja Anda Ni.

Sebelum Dinamakan Juruaudio Visual, Jawatan Teman Ni Lebih Dikenali Dengan Nama " Operator Wayang Gambar ". Kalau Rakan Yang Sebaya Dengan Ayah Teman Tentu Biasa Menonton Wayang Pacak. Ketika Zaman Tu, Televisyen Pun Sukar Nak Jumpa, Jadi Wayang Pacak La Hiburan Buat Orang2 Kampung Ketika Itu.

Sumber Dari Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak)

Wayang pacak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wayang pacak merupakan pertunjungan way
ang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam , ada sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan pos
ter bersaiz kecil dan besar brkaiatan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid,surau, dewan , rumah , sekolah dan sebagainya. Poster ini menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak . Di pertengahan tayangan diselitk
an pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam .

Antara filem dan drama yang ditayangkan ialah filem peperangan dari Indonesia yang dilakonkan oleh Dicky Zulkarnain . Drama yang ditayangkan antaranya ialah drama 'Gelombang' iaitu kisah percintaan pemuda yang bekerja sebagai nelayan.




Selari Dengan Perubahan Zaman Dan Kemajuan Teknologi, Jawatan Ni Kemudian Dinaiktaraf Dan Dinamakan Juruaudio Visual. Skop Kerja Teman Lebih Kepada Pengendalian Alat Siaraya Yang Terdiri Dari Konsol Mixer, Speaker, Amplifier Dan Juga Mikrofon. Kejayaan Sesuatu Majlis Dari Segi Kejelasan Audio Dan Kejayaan Persembahan Juga Bergantung Kepada Teman Dalam Mengendalikan Alat2 Tersebut. Teman Perlu Pastikan Suara Dan Ucapan Yang Dikeluarkan Dapat Didengar Oleh Penonton Dengan Jelas Dan Boleh Difahami. Dan Dari Segi Visual Pula Teman Mengendalikan Kamera Video Dan Juga LCD Projektor.




Itulah Serba Sedikit Mengenai Kerjaya Teman Di Dalam Jabatan Penerangan Malaysia Untuk Info Rakan2. Terima Kasih. 73

Rukun Negara.. Amalan Hidup Rakyat Malaysia

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Pengantin Baru Rakan2 Ku...



Hari Ini Teman Sibuk Menyusun Lagu-Lagu Untuk Satu Program Kenduri Kahwin Yang Akan Diadakan Pada 14 Disember Ini. Jadi Sambil2 Susun Tu, Sudah Pasti Teman Akan Mendengar Lagu2 Tersebut. Dan Teman Tercuit Sedikit Hati Teman Ni. Bila Pulak Sampai Masa Teman Pulak Akan Duduk Bersanding Di Atas Pelamin Merasai Bagaimana Menjadi Raja Sehari. hehe. Bila Ditengok Pada Senarai Rakan2 Teman Bermula Dari Belajar Sampailah Sekarang, Seorang Demi Seorang Telah Menamatkan Zaman Bujang. Teman Bila Pulak??.. Entahlah.. Mungkin Setahun Lagi, Dua Tahun Lagi Atau Entah Bila. Biarlah Tuhan Yang Tentukannya. Apa-Apapun Buat Rakan2 Ku Yang Telah Melangsungkan Perkahwinan Dan Yang Bakal Melangsungkan Perkahwinan. Selamat Pengantin Baru Teman Ucapkan Dan Teman Doakan Kekal Dan Bahagia Sehingga Ke Akhir Hayat. Amin.



73
de
9w2sgn

Monday, December 8, 2008

Raya @ Base 9W2ZAC Pak Zain ..

Selesai Je Program Teman Di Kampung, Teman Bergegas Balik Ke Kuala Kangsar Kerana Akan Bertugas Keesokkan Paginya. Dalam Perjalanan Balik Kedengaran Rakan2 Di Lokalan V20 Sedang BerQSO Untuk Berjumpa Dengan Rakan Dari Luar. Kebetulan Lokasi Perjumpaan Tidak Jauh Dari Rumah Ayahanda Teman Dan Dalam Laluan Perjalanan Yang Sama. Teman Pun Menyertai Rakan2 Untuk Berjumpa Dengan 9W2MYV Abang Rosli Di Stesen Minyak Mobil Simpang. Seterusnya Rakan2 Menuju Ke Base Station 9W2ZAC Tok Penghulu Rakan2 Ham Taiping Untuk Beraya.



Salam AidilAdha Buat Semua ...

Pertamanya Teman Mengucapkan Salam Aidiladha Buat Semua Rakan2 Radio Amatur Seluruh Dunia Dan Juga Pembaca2 Yang Sudi Singgah Di Blog Teman Ini. Buat Rakan2 Yang Mobile.Hati Hati Dalam Pemanduan Dan Didoakan Sampai Ke Destinasi Yang Dituju.

Jadi, Program Hari Ini.Teman Pulang Ke Rumah Tok Wan Dan Opah Teman Di Kampung Menteri, Kuala Sepetang (atau dikalangan orang lama.. Port Weld)..Taiping, Perak. Tahun Ni Seperti Tahun Sebelumnya Sinilah Lokasi Cuti Raya Samada Raya Aidilfitri Mahupun AidilAdha Cuma Tahun Ni Agak Kekurangan Kerana Ramai Yang Pergi Ke Mekah Untuk Menunaikan Haji. Papepun Tradisi Keluarga Haji Baharom (tokwan teman) Tetap Diteruskan. Tiap2 Tahun Mesti Ada Program Menyembelih Lembu Dan Tahun Ni Dua Ekor Telah Dikorbankan. Sebenarnya Yang Seronok Pada Program Ini Adalah Dimana Seluruh Keturunan Haji Baharom Mula Dari Anak2nya, Cucu2nya, Cicit2nya Dan Yang Seterusnya Akan Balik Ke Kampung Dan Bergotong Royong Dari Mula Program Sampailah Ke Akhirnya.











Salam AidilAdha Buat Semua

73
de
9W2SGN

Sunday, December 7, 2008

V28 Kuala Kangsar Kini Di Echolink...



Dalam Perjalanan Balik Teman Mendapat Panggilan Dari 9W2SBD Salehan Yang Mengajak Teman Berjumpa Untuk Menjalankan Satu Eksperimen. Eksperimen Yang Dimaksudkan Adalah Mencuba Sistem Interface Echolink. Setelah Hampir 3 Jam Bertungkus Lumus Melakukan Setting, Tuning Dan Finalizing Akhirnya Buat Pertama Kalinya Dalam Sejarah Lokalan Kuala Kangsar, Ruang Udara Kuala Kangsar Dapat Kedengaran Audio Rakan2 Yang Jauh Dari Lokalan. Rakan2 Jauh Yang BerQSO Di Ruang Udara Kuala Kangsar Melalui Sistem Echolink Ialah 9W2AUR Aimil Dari Melaka, 9W2MCB Ishak Dari Sri Manjung, 9W2NIM Naim Dari Padang Rengas Dan 9W2ZZF Azizi.




Ujian Akan Diteruskan Jadi Mana2 Rakan Radio Amatur Yang Menggunakan Sistem Echolink Dialu-Alukan Untuk Membuat Pemancaran Di 9W2SGN-L Echolink Kuala Kangsar.

73
de
9W2SGN

Saturday, December 6, 2008

PROCC - Mini TT Gathering

Salam Buat Semua. Petang Semalam Disebabkan Tiada Tugasan Teman Bergerak Menuju Ke Taman Tasik Taiping Untuk Bertemu Dengan Rakan2 Dari Kelab Kereta Proton Club Atau Lebih Dikenali Sebagai PROCC. Sepanjang Perjalanan Teman BerQSO Melalui Jaluran Transnasional ASTRA. Terima Kasih Kepada Rakan2 Yang Sudi BerQSO Menemani Pemanduan Menuju Ke Taiping Semalam. Dan Untuk Info Rakan2, Walaupun Dilahirkan Di Taiping Dan Selalu Balik Ke Taiping Untuk Bertemu Ayahanda Dan Bonda, Sebenarnya Taman Tasik Taiping Ni Sudah Hampir 6 Tahun Teman Tak Jejakkan Kaki Di Situ, Banyak Perubahan Dan Dah Kelihatan Semakin Cantik. Cadangnya Nak Naik Itik Kayuh Di Taman Tasik Taiping Tetapi Disebabkan Ramai Sangat Pengunjung, Hajat Di Hati Terpaksa Ditangguh.





Sesi Minum2 Makan2.


Wednesday, November 26, 2008

Aku, Dia Dan Lagu ...

Satu Lagi Video Klip Hasil Pelajar2 Yang Mengikuti Kursus Pengambaran Dan Suntingan Video Yang Dianjurkan Oleh Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Tahniah Atas Penghasilan Video Tersebut. Bakal2 Pengarah Video Dan Filem Di Masa Hadapan.

Tuesday, November 25, 2008

Pemancaran Yang Jauh....


Jauhnya Pemancaran Yang Teman Buat Hari Ni. Seronok Rasanya Dapat Mendengar Audio Rakan2 Yang Pernah Teman QSO Dan Berjumpa Di Kuala Terengganu. Hari Ni Memancar Ke 9M4RBT Melalui Echolink. Terima Kasih Juga Kepada 9W2ZAZ Cikgu Azizan Yang Membuat Linking Ke 9M4RBT. Insya Allah Akan Diusahakan Untuk Membuat Interface Bersama2 Rakan2 Lokalan Kuala Kangsar Agar Rakan2 Lokalan Luar Dapat BerQSO Dengan Rakan2 Lokalan Kuala Kangsar.

Rakan2 Yang Sempat BerQSO Sebentar Tadi.
9W2FQL Faqrul
9W2BRD Badri
9W2MAB Mazlan
9W2CHK Rosli
9W2TDT Shahril
9W2TOU Tok Uban @ Razif

73
de
9W2SGN.