Tuesday, August 25, 2009

Berhati-Hati Di Jalan Raya...

Ini Adalah Pesanan Ikhlas Dari Teman Buat Semua Rakan2 Yang Sering Menggunakan Jalan Raya. Berhati2 Jika Anda Berselisih Atau Mengekori Dengan Lori Yang Mempunyai Tayar Lebih Dari 6 Atau Lebih Mudah Namanya Lori Treler. Jarakkan Kenderaan Anda Dan Pastikan Mata Anda Cekap Memerhatikan Keadaan Sekeliling. Semoga Apa Yang Terjadi Kepada Teman Tidak Terjadi Kepada Rakan2 Yang Lain.

Ceritanya Begini. Teman Dalam Perjalanan Dari Padang Rengas Menuju Ke Kuala Kangsar. Di Satu Selekoh Teman Berselisih Dengan Lori Treler Dan Tiba2 Sebatang Kayu Yang Sepanjang Lebih Kurang 2 Kaki Telah Jatuh Dari Tempat Simpanannya Di Bawah Treler Tersebut Dan Melantun Di Atas Jalan Dan Terus Menghentam Pajero Teman Di Bahagian Hadapan. Syukur Kayu Tersebut Melantun Tinggi Melepasi Pajero Kerana Jika Ia Rendah Kemungkinan Besar Akan Menghentam Pula Cermin Depan Pajero. Anda Lihat Gambar Dibawah Dan Bayangkan Jika Kayu Sepanjang 2 Kaki Tersebut Menghentam Kenderaan Anda Yang Tidak Mempunyai Kangaroo Bar Di Hadapannya.


Besi Bulat Yang Kuat Ini Pun Boleh Kemek Akibat Hentaman Kayu Tersebut.


Bumper Hampir Jatuh Akibat Hentaman Pada Kangaroo Bar


Kangaro Bar Ini Sepatutnya Berada Pada Kedudukan Tegak. Lihat Bagaimana Rapatnya Besi Tersebut Pada Body Pajero Akibat Hentaman Oleh Kayu Tersebut.

73
de
9w2sgn

No comments: