Tuesday, October 6, 2009

Uniknya Perjalanan Kali Ini..

Maaf Kepada Rakan2 Kerana Agak Lama Tidak Update Blog Ni. Agak Sibuk Dengan Tugasan Rasmi Yang Bertimbun2 Datang.

5hb Oktober Teman Ke Kuala Lumpur Kerana Teman Dikehendaki Menghadiri Peperiksaan PTK Di Intan Bukit Kiara Pada 6hb.

Cerita Yang Unik Ini Agak Sukar Dialami Dimana Ketika Dalam Perjalanan Pulang Teman Telah Terperangkap Di KM263 Lebuhraya Utara Selatan Menghala Ke Utara. Lokasi Tersebut Adalah Selepas Rakan2 Keluar Dari Terowong Menora Menghala Ke Kuala Kangsar. Untuk Informasi Rakan2 Terjadi Satu Kemalangan Yang Melibatkan Dua Buah Lori Di KM256 Arah Utara Dan Menyebabkan Kesesakan Teruk. Ketika Catatan Ini Ditulis Masih Lagi Terdapat Kesesakan Yang Teruk Di Lokasi Kejadian. Apa Yang Uniknya??.. Teman Hari Nie Boleh Keluar Dari Kenderaan. Bersalam-Salaman Dengan Pemilik2 Kenderaan Yang Lain Di Atas Lebuhraya Utara Selatan. Malahan Kami Boleh Duduk Berbual2 Sementara Menunggu Jalan Dibuka Semula. Hampir Sejam Teman Berada Di Lokasi Tidak Boleh Kemana-Mana. Nasib Baik Tiada Yang Membawa Kuih Raya Di Dalam Kenderaan. Tentu Kami Boleh Berkelah Beramai2 Di Atas Lebuhraya Utara Selatan Bersama2. Untuk Makluman Rakan2 Juga. Perjalanan Sejauh 25KM Dari Tol Ipoh Utara Ke Tol Kuala Kangsar Mengambil Masa 3 Jam Dimana Teman Memasuki Tol Pada Jam 4 Dan Teman Sampai Di Tol Kuala Kangsar Pada Jam 7 ( Biasanya Perjalanan Hanya Lebih Kurang 30 Minit )



Pemandangan Dari Atas. Kesesakan Dari Lokasi Teman Menjangkau Hampir 7KM


Semua Kenderaan Terpaksa Di Rapat Ke Tepi Untuk Memberi Laluan Kepada Pihak Polis Dan Bantuan Kecemasan Untuk Ke Lokasi Kejadian


Kesesakan Masih Teruk. Pergerakan Hanya Sedikit Demi Sedikit.



Terima Kasih Pada Rakan2 Yang Sudi BerQSO Di Jaluran Transnasional Pada Petang Tadi. Dapat Juga Menghilangkan Rasa Runsing Dan Bosan.

73
9w2sgn

No comments: