Tugas : Membawa Pegawai Menghadiri Taklimat 1 Malaysia Pengurusan Tertinggi
Lokasi : Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur
Aktiviti : Pegawai Dengar Taklimat, Teman Melawat-Lawat.
Kalau Diikut-Ikutkan Rasanya Sudah Hampir 20 Tahun Lebih Teman Tidak Datang Ke Muzium Negara. Rasanya Pernah Dibawa Oleh Ayahanda Dan Ibunda Dahulu Pun Masih Lagi Kecil, Mungkin Ketika Sekolah Rendah. Dan Walaupun Selalu Melintasinya Tidak Pernah Sekalipun Singgah Seketika. Tugasan Kali Ini Memberi Peluang Teman Melawat Muzium Negara Dan Sekaligus Dapat Pula Berjumpa Dengan Rakan Lama Yang Belajar Bersama Di Sebuah Kolej Di Taiping. Beliau Kini Bertugas Sebagai Penolong Kurator Muzium Diraja. Kali Terakhir Berjumpa Beliau Ketika Itu Beliau Masih Lagi Bertugas Di Muzium Taiping.
Buat Rakan2 Yang Berkesempatan Dan Mempunyai Masa Terluang, Apa Salahnya Singgah Seketika Dan Yang Mempunyai Anak-Anak, Bawalah Ke Muzium Negara, Kenali Sejarah Yang Membolehkan Kita Hidup Dalam Negara Yang Merdeka Dan Aman. Bak Kata Anak2 Dalam Sedutan Video Yang Dimainkan Di Muzium Negara Tadi.. Merdeka Adalah Kita ..
2 Jam Masa Yang Ada Memang Tak Mencukupi, Terlalu Banyak Benda Yang Menarik Hati Dan Terlalu Banyak Ilmu Untuk Diketahui. Rasanya Kalau Dari Pagi Sampai Ke Petang Mungkin Mencukupi. Insya Allah Jika Diizinkan Tuhan Teman Akan Kembali Sekali Lagi.
Yuran Masuk Adalah RM2 ( Apalah Sangat RM2 Jika Dibandingkan Ilmu Yang Diperoleh Dengan Melawat Muzium Negara )
73
de
9w2sgn
No comments:
Post a Comment