Monday, September 29, 2008

Pulanglah Anak Perantau



Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

( korus )
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

( ulang dari mula )

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Pagi Ini Terdengar Lagu Yang Dinyanyikan Aman Shah. Lagu Yang Cukup Nostalgia Buat Diri Ini. Buat Rakan2 Sekalian, Pulanglah Di Hari Yang Mulia Ini, Bertemulah Dengan Ayahanda Dan Bonda, Pautlah Tangannya, Ciumlah Tangannya, Pohonlah Ampun Dan Maaf.

*******************************************************

Seronok BerQSO Hari Ini, Ramai Orang Perak. Hehe

ASTRA

9W2YZU - Kak Yong Zu ( Portable Kuala Kangsar..huhu...bestnya dah cuti )
9W2KAA - Abang Asrul ( Base Ipoh )
9W2JMA - Abg Asri ( Bercuti Raya Di Selangor )

9M2AZZ - Abg Azhar ( Portable, Taiping )
9W2DRA - Dr Amir ( Mobile Di PLUS Highway )
9M2EMI - Abg Emi
9W2HJI - Haji Zainal ( Portable Cuti Raya Di Padang Rengas )

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 26, 2008

"Postcrossing - Postcards Traveling The World"

Hobi Terbaru Kiter Untuk Tahun Ini..

Sedikit Info Mengenai PostCrossing

( Info From www.postcrossing.com )

Projek ini

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak.

Mengapa? Kerana, seperti pengasas projek ini, terdapat ramai orang suka menerima surat dan poskad.
Anda akan menerima poskad dari pelbagai tempat dari seluruh dunia secara tidak disangka-sangka (juga dari tempat yang mungkin anda tidak pernah dengar!), dan anda akan mendapat kejutan dari dalam peti surat! Pasti anda sukakannya bukan?

Bagaimana ia berlaku?

Secara ringkas:

1. Dapatkan alamat seseorang daripada laman web ini
2. Hantarkan poskad ke alamat tersebut
3. Tunggu dan anda akan menerima sekeping poskad
4. Daftar poskad tersebut ke dalam sistem


Langkah pertama adalah mendapatkan alamat pengguna lain dimana anda akan menghantar sekeping poskad kepadanya. Anda akan menerima alamat berserta nombor ID (contoh: MY-6948). Nombor ID poskad ini adalah untuk mengenalpasti poskad anda di dalam sistem.

Hantarkan sekeping poskad ke alamat tersebut, dan jangan lupa tuliskan nombor ID pada poskad yang dihantar. Ia akan membolehkan penerima poskad mendaftar poskad anda ke dalam sistem Postcrossing, seterusnya alamat anda akan diberikan kepada postcrosser seterusnya, dan dia akan menghantar poskad kepada anda.

Anda dibenarkan menghantar 5 poskad pada satu-satu masa. Setiap kali poskad anda sampai ke tangan penerima dan didaftarkan, anda boleh meminta alamat yang baru.

Hari Ini Teman Dah Pos 5 Keping Poskad Yang Berimejkan Bandar Diraja Kuala Kangsar Kepada Rakan Di Luar Negara

Penerima - Negara - Jarak Perjalanan Dari Kuala Kangsar
soniafpt - Portugal - 11,292 Km
odour - Canada - 14,683 Km
fintzel - Germany - 9,553 Km
Blumes - U.S.A. - 12,965 Km
Agathafan - Finland - 8,685 Km

Jadi Mana Rakan2 RA Yang Berminat. Boleh Join. Disamping Mengumpul QSL Card. Ini Juga Salah Satu Hobi Yang Amat Menarik Untuk Diceburi.

Ada Yang Bertanya Berapa Kos Sebenarnya... Jadi Disini Teman Beritahu Berapa Perbelanjaan Yang Perlu Dikeluarkan..

POSKAD : RM0.30 - RM1.00 (Bergantung Pada Jenis Poskad)
SETEM : RM0.50 ( Standard Caj Setem Untuk Kemana-Mana Destinasi Di Dunia )

*******************************************************

G.INAS 145.600 -600 T85.4

9W2LLO - Abang Ramli ( Mobile Pulang Cuti Raya Ke Lenggong )
9W2MIZ - Cikgu Mizi ( Base Gerik )

9W2NPT - Nizam Kubu Gajah ( Radio Check )

Friday, September 19, 2008

Callsign Sticker On Jelopy...

Salam Buat Semua.Sedar Tak Sedar Tinggal 10 Hari Sahaja Lagi Kita Akan Mengharungi Bulan Ramadhan Ini. Dan Lepas Ini Hari Raya Pula Akan Disambut. Kesempatan Ini Juga Diambil Untuk Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Kepada Semua Rakan2 Radio Amatur Samada Yang Berada Di Kuala Kangsar Mahupun Seluruh Malaysia

Hari Ini Tiada Sebarang Program Jadi Teman Pun Menyiapkan Tugasan Yang Sudah Lama Tertangguh. Program Menampal Sticker Pada Jelopy Teman. Dan Inilah Hasilnya

Sticker Depan

Sticker Belakang


*******************************************************

V28 145.350

9W2PHJ - Haji Jamalul : Mintak Tolong Ambil Sticker Jugak
9W2KMR - Kamarudin : Di Base. Beristirehat
SWAL ROY - Roy : Mobile Ke Chemor Atas Tugasan

2 Meter Net Setia Bersama ASTRA

Program : CheckNet 2M Setia Bersama ASTRA
NetController : 9W2OCC Sham
Waktu : 11.40 pm
TX : ICOM V82 5 W
RX Quality : 5 & 9
CheckIn Sebagai Pemanggil Ke 41.

73

Tuesday, September 16, 2008

Portable Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Tarikh : 16 September 2008
Waktu : 10.30 am - 12.45 pm
Program : Penyampaian Sumbangan Raya Kepada Ibu2 Tunggal Oleh Permaisuri Sultan Perak

*******************************************************

ASTRA

9W2DWN - Haji Riduan
9W2XPT - Abang Zizan @ Bang Xray
9W2OHM - Abang Ohm
9W2KKD - Abang Alias ( Audio Gagal Dicopy )

V28 145.350

9W2YIN - Abang Rahim
9W2PHJ - Haji Jamalul

Friday, September 12, 2008

Video Pilihan Hari Ini..

Tahukah Anda Pengendali Radio Amatur Adalah Setaraf Dengan Seorang Jurutera..

QSO Sambil Mobile

Hari Ini Mencuba Sesuatu Yang Baru Lagi, BerQSO sambil mobile menuju ke saltmine. Dari Taiping Ke Kuala Kangsar Melalui Lebuhraya Utara Selatan

ASTRA :

9W2JML - abang makhtar, base langkawi
9W2DII - abg mahadi, mobile shah alam
9W2??? - abg din, mobile puchong

Thursday, September 11, 2008

Aktiviti Di Bulan Ramadhan




Semalam Berkesempatan Balik Berbuka Puasa Di Rumah Ayahanda Dan Bonda Di Taiping Perak. Sebelah Malamnya Berkunjung Ke Club House V20 Di Base Station 9W2SPO Yang Terletak Berhadapan Tesco Taiping. Agak Unik Aktiviti Rakan2 Radio Di Lokalan V20, Selepas Berbuka, Menunaikan Solat Tarawikh Dan Selepas Itu Ada Pula Aktiviti Mengeluarkan Peluh. Ketika BerQSO Rakan2 Mengunakan Istilah Main Tampar-Tampar. Apabila Tiba Di Lokasi Barulah Difahami Yang Main Tampar-Tampar Adalah Permainan PingPong.

V20:

9W2ZMS
9W2JTJ
9W2RMX
9W2SPO

Pancaran Pertama Dari Dalam Kereta


Program : Setting Frekuensi Mobile Rigs Di Dalam Kereta
Lokasi : Hadapan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar

ASTRA :

9W2YR - Pakyob, Audio Gagal Dicopy Sebaiknya
9W2MTT - Pak Basir, Mobile Dari Melaka Ke Ipoh

Tuesday, September 9, 2008

Pembikinan Laman Blog Ini

Salam Buat Semua. Dan Salam Kontek Perdana. Agak Sukar Juga Untuk Difikirkan Apabila Memulakan Langkah Pembikinan Laman Blog Ini. Nampak Seakan Mudah Tapi Apabila Diri Sendiri Menghadapi Segala HTML Coding Yang Sudah Berkurun Lama Ditinggalkan. Pening Mula Mengelilingi Kepala Ini. Apa Apa Pun Diharap Rakan2 Menyukai Dan Jika Ada Sebarang Pandangan Atau Cadangan Dipersilakan. Sekali Lagi, Salam Kontek Perdana Buat Rakan2 Semua.73

Monday, September 8, 2008

Pemancaran Pertama Dari Base Station

Selepas Mendapat AA Ini, Barulah Terasa Diri Ini Teringin Sekali Hendak Memancar Di Jaluran Transnasional. Jadi Hari Ini Diri Ini Monitor Di Jaluran Astra, Kedengaran Rakan-Rakan Sedang Berbincang Untuk Mengadakan ChatNet. Malaysia 2Meter Astra Chatnet Pun Dimulakan Dengan 9W2ZAC Sebagai Pengendali Rangkaian. Mula-Mula Agak Takut Hendak Menekan PTT, Tapi Setelah Difikirkan Jika Tidak Dicuba Sampai Bila-Bila Pun Tidak Akan Belajar. Jadi Dengan Keberanian Yang Ada, PTT Ditekan Dan Buat Pertama Kalinya Audio 9W2SGN Kendengaran Di Udara. 9W2SGN Dicatatkan Sebagai Pemanggil Yang Ke 14. 73