Tuesday, August 25, 2009

Berhati-Hati Di Jalan Raya...

Ini Adalah Pesanan Ikhlas Dari Teman Buat Semua Rakan2 Yang Sering Menggunakan Jalan Raya. Berhati2 Jika Anda Berselisih Atau Mengekori Dengan Lori Yang Mempunyai Tayar Lebih Dari 6 Atau Lebih Mudah Namanya Lori Treler. Jarakkan Kenderaan Anda Dan Pastikan Mata Anda Cekap Memerhatikan Keadaan Sekeliling. Semoga Apa Yang Terjadi Kepada Teman Tidak Terjadi Kepada Rakan2 Yang Lain.

Ceritanya Begini. Teman Dalam Perjalanan Dari Padang Rengas Menuju Ke Kuala Kangsar. Di Satu Selekoh Teman Berselisih Dengan Lori Treler Dan Tiba2 Sebatang Kayu Yang Sepanjang Lebih Kurang 2 Kaki Telah Jatuh Dari Tempat Simpanannya Di Bawah Treler Tersebut Dan Melantun Di Atas Jalan Dan Terus Menghentam Pajero Teman Di Bahagian Hadapan. Syukur Kayu Tersebut Melantun Tinggi Melepasi Pajero Kerana Jika Ia Rendah Kemungkinan Besar Akan Menghentam Pula Cermin Depan Pajero. Anda Lihat Gambar Dibawah Dan Bayangkan Jika Kayu Sepanjang 2 Kaki Tersebut Menghentam Kenderaan Anda Yang Tidak Mempunyai Kangaroo Bar Di Hadapannya.


Besi Bulat Yang Kuat Ini Pun Boleh Kemek Akibat Hentaman Kayu Tersebut.


Bumper Hampir Jatuh Akibat Hentaman Pada Kangaroo Bar


Kangaro Bar Ini Sepatutnya Berada Pada Kedudukan Tegak. Lihat Bagaimana Rapatnya Besi Tersebut Pada Body Pajero Akibat Hentaman Oleh Kayu Tersebut.

73
de
9w2sgn

WTS : DSLR Sony Alpha 350 For Sale ( Price Updated )

Sedih Gak Nak Tulis Tapi Teman Dah Terpaksa Lepaskan Salah Satu Barang Kesayangan Teman. Buat Rakan2 Yang Berminat Atau Ada Rakan2 Kepada Rakan2 Yang Berminat. Boleh Berhubung Dengan Teman.

DSLR Sony Alpha 350 For Sale

2nd Hand Sony Alpha 350 Untuk Dijual. Lokasi Kuala Kangsar, Perak.

Dibeli Lebih Kurang Dalam Setahun. Jarang Digunakan. Shutter Counter Baru 5406

Sony Alpha 350 14.2 MegaPixel
Kit Lense 18mm – 70mm f/3.5-5.6
Telefoto Lense 75mm – 300mm f/4.5-5.6
USB & AV Cable
Battery & Charger
CF Card 2GB + Original 256MB
55mm UV Filter x 2
SteinZeiser Bag
SteinZeiser 3 Section Tripod
Original Box

Penghantaran Melalui Kiriman Ekspress Adalah Tidak Digalakkan. Berminat
Telefon 016-5450989 Untuk Temujanji Sekitar Kuala Kangsar, Ipoh Dan Taiping.

Harga : RM2500



Istana Iskandariah Again...

Tarikh : 24 Ogos 2009

Program : Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang Besar Negeri Perak, Ahli Dewan Negara, Ketua Jabatan Dan Exco Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Tempat : Istana Iskandariah, Kuala Kangsar



Saturday, August 22, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Rakan-Rakan Yang Mempunyai Kelapangan Dan Kesudian Adalah Dijemput Untuk Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak Yatim.

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Perak
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 5.45 Petang

Sebarang Sumbangan Ikhlas Boleh Disampaikan Terus Kepada Saudara Bob 9W2BPT. Sila Hubungi 019-5762734 Bob 9W2BPT

Simpleks : V20 145.250

Sekian, Harap Maklum.
Salam Ramadhan Dan Salam 1Malaysia

::9w2sgn::

Friday, August 21, 2009

Tuesday, August 18, 2009

My New Wallpaper ... 1 Malaysia


Sempena Dalam Sibuk2 Kempen 1 Malaysia Ni.. Teman Pun Tukar La Wallpaper Laptop Teman Nie Sebagai Tanda Sokongan Terhadap Kempen Gagasan 1 Malaysia

Friday, August 14, 2009

Monday, August 10, 2009

Maafkan Daku Rakan2....

Terlampau Sibuk.. Akan Diupdate Kemudian.. Harap Maklum..