Sunday, January 31, 2010

Hari Melawat Kebun...

Dulu Ketikanya Teman Masih Lagi Belum Mendapat Keroje Dengan Goment Nie.. Ini Lah Aktiviti Harian Teman Bersama Ayahanda Teman.. Pagi2 Hari Dah Mula Masuk Ke Dalam Untuk Mengerjakan Aktiviti Harian Seperti Menebas, Meracun, Chop, Melonggok Dan Mengangkat. Alhamdulilah 7 Ekar Yang Diusahakan Sebelum Ini Sudah Mengeluarkan Hasil Dan Menambahkan Serba Sedikit Pendapatan Keluarga Teman. Ayah Teman Selalu Berpesan.. Berbudi Pada Tanah Tidak Akan Rugi Dan Teman Percaya Akan Ayat2 Tersebut. Cuti Baru2 Ini Teman Mengambil Kesempatan Untuk Mengikut Ayahanda Teman Ke Tanah Yang Baru Diusahakan Seluas Hampir 9 Ekar. Kebanyakkannya Ditanam Dengan Kelapa Sawit Dan Insya Allah Akan Diusahakan Projek Tanaman Lain.











Yang Dibawah Ini Adalah Kulit Kepada Ular Tedung Selar. Cuba Bayangkan Betapa Besarnya Ia.



Yang Ini Pula Adalah Bekas Kubang Encik Babi Hutan.. Hehe


73
de
9W2SGN

Thursday, January 28, 2010

ASR - Program Ceramah Keibubapaan 1Malaysia

Program : Program Ceramah KeIbuBapaAn 1Malaysia
Penceramah : Dr. Shukri B. Abdullah
Lokasi : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar
Tarikh : 28 Januari 2010
Perasmian Penutup Oleh : YB Dato' Ramly B Zahari, ADUN Manong







Terima Kasih Kepada Dr. Shukri Abdullah Kerana Sudi Menurunkan Autograf.

Tuesday, January 26, 2010

ASR - Program Kemasyarakatan YB. Tan Sri Rafidah Aziz

Program : Program Kemasyarakatan Bantuan Persekolahan, Bantuan Makanan, Sukan Rakyat Dan Aspek Wanita Parlimen Kuala Kangsar Bersempena Sambutan 109 Tahun SK Kuala Kenas
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas, Kuala Kangsar
Tarikh : 26 Januari 2010
Dirasmikan Oleh : Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar











Sunday, January 24, 2010

Exam RAE & CW Datang Lagik...

21JAN01 – Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010
21 January 2010
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the first series of Radio Amateur Examination (RAE) and the Morse Code Test (CW) for the year 2010.
The Morse Code Test (CW) will be held at 10.00 a.m. on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Applications close at 5.00 p.m. on 5 February 2010.

The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 p.m. on 14 April 2010 at locations in the Northern and Central Regions of Peninsular Malaysia. Applications close at 5.00 p.m. on 12 February 2010.

For further details on venue and payment please click below:

Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010
Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur dan Ujian Kod Morse Siri Pertama Tahun 2010
CW Application Form/Borang CW
RAE Application Form/Borang RAE

Selamat Mencuba Buat Semua Rakan2 SWAL....

Sumber : http://www.skmm.gov.my

::9w2sgn::

Loken Ipoh Dan Wakaf PARTS

Hari Ini Program Rasmi Teman Pada Jam 2 Petang Jadi Teman Mengambil Kesempatan Pada Sebelah Paginya Bersama-Sama Dengan 9W2ZBD Pak Ya, 9W2ATN Atan Dan 9W2SUF Sufian Ke Loken Ipoh. Di Loken Bertemu Pula Dengan 9W2SBD Salehan Dan 9W2CMK Cikgu Mat Khir. Ramai Juga Rakan2 Radio Yang Mengunjungi Lokasi Ini Yang Memang Dikenali Sebagai Lorong Barang Antik.



Selepas Itu Teman Bergerak Pula Ke Rumah Wakaf PARTS ( Perak Amateur Radio Transmitter's Society ). Teman Berpeluang Melihat BackPack Yang Dibuat Oleh 9W2SUF Sufian. Cukup Kemas Dan Cantik. Model Yang Mengayakannya Adalah 9W2NIM Naim






Teman Sempat Juga Menghadiri Mesyuarat Dan Taklimat Yang Dipengerusikan Oleh 9M2SLJ Pak Lop Mengenai Program Yang Akan Dilaksanakan Kemudian.



73
de
9W2SGN

Friday, January 22, 2010

Jalan-Jalan Sambil Keroje - Muzium Negara

Tugas : Membawa Pegawai Menghadiri Taklimat 1 Malaysia Pengurusan Tertinggi
Lokasi : Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur


Aktiviti : Pegawai Dengar Taklimat, Teman Melawat-Lawat.

Kalau Diikut-Ikutkan Rasanya Sudah Hampir 20 Tahun Lebih Teman Tidak Datang Ke Muzium Negara. Rasanya Pernah Dibawa Oleh Ayahanda Dan Ibunda Dahulu Pun Masih Lagi Kecil, Mungkin Ketika Sekolah Rendah. Dan Walaupun Selalu Melintasinya Tidak Pernah Sekalipun Singgah Seketika. Tugasan Kali Ini Memberi Peluang Teman Melawat Muzium Negara Dan Sekaligus Dapat Pula Berjumpa Dengan Rakan Lama Yang Belajar Bersama Di Sebuah Kolej Di Taiping. Beliau Kini Bertugas Sebagai Penolong Kurator Muzium Diraja. Kali Terakhir Berjumpa Beliau Ketika Itu Beliau Masih Lagi Bertugas Di Muzium Taiping.

Buat Rakan2 Yang Berkesempatan Dan Mempunyai Masa Terluang, Apa Salahnya Singgah Seketika Dan Yang Mempunyai Anak-Anak, Bawalah Ke Muzium Negara, Kenali Sejarah Yang Membolehkan Kita Hidup Dalam Negara Yang Merdeka Dan Aman. Bak Kata Anak2 Dalam Sedutan Video Yang Dimainkan Di Muzium Negara Tadi.. Merdeka Adalah Kita ..

2 Jam Masa Yang Ada Memang Tak Mencukupi, Terlalu Banyak Benda Yang Menarik Hati Dan Terlalu Banyak Ilmu Untuk Diketahui. Rasanya Kalau Dari Pagi Sampai Ke Petang Mungkin Mencukupi. Insya Allah Jika Diizinkan Tuhan Teman Akan Kembali Sekali Lagi.

Yuran Masuk Adalah RM2 ( Apalah Sangat RM2 Jika Dibandingkan Ilmu Yang Diperoleh Dengan Melawat Muzium Negara )











73
de
9w2sgn

Sunday, January 10, 2010

Selesai Satu Bab.. Yang Lain Menyusul...


Doakan Semuanya Berjalan Lancar Ye Rakan2 Ku Sekalian...

73
de
9W2SGN Shah