Saturday, October 31, 2009

2 Program, 2 Lokasi Dan 1 Menteri....

Majlis : Program Komuniti Sekolah Parlimen Padang Rengas Bersama Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar Dan Perak Hanjoong Simen Sdn Bhd.
Lokasi : Dewan Semarak, SMK Tun Perak
Tarikh : 31 Oktober 2009 Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Perasmi : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas





Majlis : Majlis Perasmian Surau Al-Husna
Lokasi : Taman Impiana, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Tarikh : 31 Oktober 2009 Sabtu
Masa : 3.30 Petang
Perasmi : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas





Juruacara Sedang Memerah Otak Memikirkan Ayat2 Yang Sesuai...



Surau Al-Husna Taman Impiana, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar...






Saudari Nurul Zaila, Wartawan Sinar Harian Kusyuk Mendengar Ucapan YB..


Juruacara Bergambar Kenangan Bersama Datuk Seri Nazri ..

Antara Permintaan Yang Diluluskan Serta Merta ( yang teman dengar la )
1. Membuat Papan Tanda Surau Al-Husna
2. Menurap Tar Di Kawasan Surau Untuk Kemudahan Letak Kenderaan
3. RM1000 Untuk Program2 Surau Yang Akan Datang.

73
de
9W2SGN

ps : sapa kata YB tak reti turun jumpa rakyat.. fikir-fikirkanlah..

Sunday, October 25, 2009

Majlis Pelancaran Program 1 Malaysia Peringkat DUN Lubuk Merbau

Majlis : Pelancaran Program 1 Malaysia Peringkat DUN Lubuk Merbau
Lokasi : Dataran Rakyat, Padang Rengas
Tarikh : 24 Oktober 2009
Perasmi : YB Dato' Saarani Bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan, dan Kebajikan







73
de
9w2sgn

Friday, October 16, 2009

Patah Kakiku Seketika....



Dalam Kesibukan Dengan Pelancaran Program 1 Malaysia Bersama Rakyat Perak Ni. Unitku Tetiba Buat Hal. Kelam Kabut Teman Dengan Pegawai Teman Keluar Dari Unit Apabila Terbau Hangit Dan Keluar Asap Dari Dashboard Depan Pajero Teman. Apabila Dibawa Ke Workshop Dan Selepas Di Post Mortem Oleh Mekanik, Dikatakan Bahawa Internal Wiring Di Dalam Dashboard Teman Telah Terbakar. Berkemungkinan Disebabkan Over Voltage. Patah La Kakiku Seketika Untuk Bertugas. Huhu....

Thursday, October 15, 2009

1 Malaysia : Design Baru Unit Jabatanku

Tarikh : 14 Oktober 2009
Lokasi : PIXIO Sdn Bhd ( http://www.pixio.com.my/ ) , Kg Baru Subang.
Aktiviti : Pemasangan Sticker Baru 1 Malaysia Pada Kenderaan Unit.




Sunday, October 11, 2009

Kenduri Tahlil, Doa Selamat Dan Rumah Terbuka Aidilfitri

Tarikh : 10.10.09
Tempat : Rumah Ayahanda Dan Ibundaku Di Taiping
Program : Kenduri Tahlil Dan Doa Selamat Berserta Rumah Terbuka Aidilfitri

Alhamdulilah Selesai Program Yang Dianjurkan Oleh Ayahandaku Di Rumahku Di Taiping Perak. Majlis Yang Digabungkan Hasil Idea Ayahandaku Ini Betul2 Meriah. Kenduri Tahlil, Doa Selamat Dan Rumah Terbuka Aidilfitri. 3 Program Dalam 1 Hari.

Terima Kasih Juga Kepada Rakan2 Radio Dan Rakan2 Sepejabat Yang Sudi Singgah Memeriahkan Majlis.





Tuesday, October 6, 2009

Uniknya Perjalanan Kali Ini..

Maaf Kepada Rakan2 Kerana Agak Lama Tidak Update Blog Ni. Agak Sibuk Dengan Tugasan Rasmi Yang Bertimbun2 Datang.

5hb Oktober Teman Ke Kuala Lumpur Kerana Teman Dikehendaki Menghadiri Peperiksaan PTK Di Intan Bukit Kiara Pada 6hb.

Cerita Yang Unik Ini Agak Sukar Dialami Dimana Ketika Dalam Perjalanan Pulang Teman Telah Terperangkap Di KM263 Lebuhraya Utara Selatan Menghala Ke Utara. Lokasi Tersebut Adalah Selepas Rakan2 Keluar Dari Terowong Menora Menghala Ke Kuala Kangsar. Untuk Informasi Rakan2 Terjadi Satu Kemalangan Yang Melibatkan Dua Buah Lori Di KM256 Arah Utara Dan Menyebabkan Kesesakan Teruk. Ketika Catatan Ini Ditulis Masih Lagi Terdapat Kesesakan Yang Teruk Di Lokasi Kejadian. Apa Yang Uniknya??.. Teman Hari Nie Boleh Keluar Dari Kenderaan. Bersalam-Salaman Dengan Pemilik2 Kenderaan Yang Lain Di Atas Lebuhraya Utara Selatan. Malahan Kami Boleh Duduk Berbual2 Sementara Menunggu Jalan Dibuka Semula. Hampir Sejam Teman Berada Di Lokasi Tidak Boleh Kemana-Mana. Nasib Baik Tiada Yang Membawa Kuih Raya Di Dalam Kenderaan. Tentu Kami Boleh Berkelah Beramai2 Di Atas Lebuhraya Utara Selatan Bersama2. Untuk Makluman Rakan2 Juga. Perjalanan Sejauh 25KM Dari Tol Ipoh Utara Ke Tol Kuala Kangsar Mengambil Masa 3 Jam Dimana Teman Memasuki Tol Pada Jam 4 Dan Teman Sampai Di Tol Kuala Kangsar Pada Jam 7 ( Biasanya Perjalanan Hanya Lebih Kurang 30 Minit )



Pemandangan Dari Atas. Kesesakan Dari Lokasi Teman Menjangkau Hampir 7KM


Semua Kenderaan Terpaksa Di Rapat Ke Tepi Untuk Memberi Laluan Kepada Pihak Polis Dan Bantuan Kecemasan Untuk Ke Lokasi Kejadian


Kesesakan Masih Teruk. Pergerakan Hanya Sedikit Demi Sedikit.



Terima Kasih Pada Rakan2 Yang Sudi BerQSO Di Jaluran Transnasional Pada Petang Tadi. Dapat Juga Menghilangkan Rasa Runsing Dan Bosan.

73
9w2sgn