Saturday, January 31, 2009

Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak


Maaf Lama Tak Update Blog. Agak Sibuk Dengan Taklimat Dan Tugasan Yang Tiba. Kuala Kangsar Dan Negeri Perak Akan Menyambut Perayaan Jubli Perak Sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak Dan Seperti Biasa Teman Akan Bertugas Dalam Penyediaan Alat Siaraya. Dan 3 Februari 2009 Diumumkan Sebagai Cuti Umum Pada Seluruh Rakyat Negeri Perak. Ni Adalah Gambar Ketika Raptai Rasmi Kawalan Kehormatan Yang Dibuat Pagi Tadi.




Tengah Sedap Duduk2 Tepi Kolam Air Pancut Menikmati Pemandangan Istana. Air Pancut Tetiba Dihidupkan.Nasib Baik Tak Basah..hehe

Saturday, January 24, 2009

Sapa Salah Yek ???

Subjek: Abang vs Ayang.... Saper yang salah agak2nya...

memula skali ayang anto kat abang

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta, abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,

ayang



ni abang lak bagi....

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana . kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan .bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha


Yang Sayang Juga,

Abang...


Agak2 Sapa Yang Salah Yek??.....

Tuesday, January 20, 2009

Coretan Tanpa Motif...

Huhu... Post Ini Diedit Semula Disebabkan Ada Yang Bertanya Apa Yang Terjadi... Untuk Info Tiada Apa Yang Terjadi... Seperti Tajuknya "Coretan Tanpa Motif"... Memang Tiada Apa Pun Yang Terjadi... Sekadar Nukilan Sahaja... Manalah Tau Ada Rakan2 Yang Mengalami Situasi Tersebut... Boleh La Amek Nukilan Di Bawah Untuk Diletak Di Blog Atau Laman Web Peribadi Rakan Tersebut.



Di suatu hari yang indah
kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!
Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang
Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara
Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan
Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa...
Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana
Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu
Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui...

Saturday, January 3, 2009

PostCrossing : Latest Info

My Info On PostCrossing at http://www.postcrossing.com/user/shagOn

» Sent: 13 postcards

» Received: 15 postcards

» Traveling: 4 postcards out of 5 (?)

» Sent distance: 148,093 Kms (92,021 miles)

» Received distance: 158,522 Kms (98,501 miles)


Thursday, January 1, 2009

Perancangan Tahun Ini... ( Mak Teman Suruh )

Hari Pertama Untuk Tahun Baru Teman Telah Pun Mendapat Tugasan. Bukan Dari Jabatan, Tapi Dari Ayahanda Dan Ibunda Teman. Siapkan Senarai Semak Perbelanjaan Dan Pastu Apa Lagi, Simpan La Duit Untuk Cukupkan Bajet Tersebut. Ni Ha Senarai Semak Yang Teman Maksudkan...

Sebelum Perkahwinan
  • Kursus perkahwinan
  • Wang hantaran
  • Mas kahwin
  • Upah jurunikah
  • Kad jemputan
  • Setem
  • Cincin tunang
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas
  • Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
  • Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran
  • Sirih junjung
  • Potpurri
  • Al-Quran
  • Telekung/sejadah
  • Kain ela
  • Baju kurung
  • Beg tangan
  • Tuala
  • Jam
  • Kasut
  • Satu set peralatan solek
  • Satu set penjagaan badan
  • Buah-buahan
  • Puding
  • Cokelat
  • Kek
Juruandam
  • Pelamin
  • Bunga pahar
  • Bunga telur/cenderahati tetamu
  • Baju songket
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • Hiasan hantaran
Abadikan memori
  • Videografi
  • Jurugambar
Balai Makan
  • Kanopi
  • Kerusi dan meja
  • Alas meja
  • Kipas siling
  • Lampu
  • Upah pekerja
Persiapan Lain
  • Kerusi dan meja
  • Menu

Makan beradap
  • Set meja pengantin
  • Kerusi dan Meja
  • Alas meja
  • Skirting
  • Scallop
  • Kerusi banquet
  • Bunga bouquet
  • Lauk pengantin
  • Penanggah

Katering
  • Nasi dan lauk
  • Buah-buahan
  • Air Minuman

Hiburan
  • Kompang
  • Silat pengantin
  • Cak lempong
  • Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA
  • Satu set sistem PA
  • DJ / MC

Bulan Madu
  • Percutian

Jumlah perbelanjaan : RM ?????.?? ....

Yang Bertanda Soal Tu La Teman Kena Kira Dan Cukupkan Dalam Simpanan.
Alahai ......

ps: emm mak oo mak... calonnya??? hehe

Selamat Tahun Baru 2009


Selamat Tahun Baru Buat Semua Rakan2ku Dan Juga Pengunjung Blog Teman.