Thursday, January 1, 2009

Perancangan Tahun Ini... ( Mak Teman Suruh )

Hari Pertama Untuk Tahun Baru Teman Telah Pun Mendapat Tugasan. Bukan Dari Jabatan, Tapi Dari Ayahanda Dan Ibunda Teman. Siapkan Senarai Semak Perbelanjaan Dan Pastu Apa Lagi, Simpan La Duit Untuk Cukupkan Bajet Tersebut. Ni Ha Senarai Semak Yang Teman Maksudkan...

Sebelum Perkahwinan
  • Kursus perkahwinan
  • Wang hantaran
  • Mas kahwin
  • Upah jurunikah
  • Kad jemputan
  • Setem
  • Cincin tunang
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas
  • Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
  • Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran
  • Sirih junjung
  • Potpurri
  • Al-Quran
  • Telekung/sejadah
  • Kain ela
  • Baju kurung
  • Beg tangan
  • Tuala
  • Jam
  • Kasut
  • Satu set peralatan solek
  • Satu set penjagaan badan
  • Buah-buahan
  • Puding
  • Cokelat
  • Kek
Juruandam
  • Pelamin
  • Bunga pahar
  • Bunga telur/cenderahati tetamu
  • Baju songket
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • Hiasan hantaran
Abadikan memori
  • Videografi
  • Jurugambar
Balai Makan
  • Kanopi
  • Kerusi dan meja
  • Alas meja
  • Kipas siling
  • Lampu
  • Upah pekerja
Persiapan Lain
  • Kerusi dan meja
  • Menu

Makan beradap
  • Set meja pengantin
  • Kerusi dan Meja
  • Alas meja
  • Skirting
  • Scallop
  • Kerusi banquet
  • Bunga bouquet
  • Lauk pengantin
  • Penanggah

Katering
  • Nasi dan lauk
  • Buah-buahan
  • Air Minuman

Hiburan
  • Kompang
  • Silat pengantin
  • Cak lempong
  • Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA
  • Satu set sistem PA
  • DJ / MC

Bulan Madu
  • Percutian

Jumlah perbelanjaan : RM ?????.?? ....

Yang Bertanda Soal Tu La Teman Kena Kira Dan Cukupkan Dalam Simpanan.
Alahai ......

ps: emm mak oo mak... calonnya??? hehe

3 comments:

@mEL!A said...

tgk list macam dah get ready bebeno...calon2 nye tak plak disebutkan....kalau "menu lauk pauk" nyer dah ada...tapi "nasi" tak de tak best lerr.....apekehenyer yop!

::9W2PHY:: \(^_')/ said...

uish...cik shah pon nak kawen rupanya..wah, pasti meriah majlis tu..tgk list cam grand je..budget besar..rm30,000 belum tentu cukup gamaknya...ngan cik H or sape?? soklan cepumas...

CIVIC Power said...

X pe Bank Rakyat kan ade..
Yob mesti pilih..
Muehehe!