Friday, June 5, 2009

Pelancaran Perkampungan Solar Hybrid - RPS Dala, Grik

Program : Pelancaran Perkampungan Solar Hybrid Oleh DYMM Tuanku Sultan Perak
Lokasi : RPS Dala, Grik

Baru2 Ini Teman Bertugas Di Luar Daerah Kuala Kangsar Iaitu Di Daerah Grik. Lokasi Majlis Adalah Lebih Kurang 40km Melalui Jalan Yang Mencabar Yang Hanya Boleh Dilalui Oleh Kenderaan 4 Wheel Drive.

Perjalanan Masuk Ke RPS Dala. Lokasi Dituju Kg Melela.




Sampai Di Lokasi, Tinjau2 Sat Kat Mana Tempat Nak Pasang PA System.. Di Samping Tu Acara Raptai Telah Pun Diadakan.





Selesai Raptai Jalan2 Di Sekitar Menikmati Alam Sekitar Yang Indah Dan Tak Tercemar




Selepas Meninjau Lokasi Majlis Teman Bergerak Ke SK Dala Untuk Berehat Seketika.




Selepas Menjamu Selera Di Kantin SK Dala. Kami Menuju Semula Ke Lokasi Majlis Dimana Pada Malam Tersebut Diadakan Acara Sampingan Yang Diorganise Oleh Pihak Tentera Dan PDRM. Program Sekadar Mengisi Kekosongan Di Waktu Malam. Nak Kuar Ke Bandar Grik Jauh Yang Amat. Gelap Lak Tu. Kiri Kanan Gaung.




Badan Dah Penat. Mata Dah Mengantuk. Pulang Semula Ke SK Dala Untuk Berehat. Keesokkan Paginya Terasa Badan Terlalu Berat Untuk Bangun. Dengan Kesejukan Angin Pagi Dan Suasana Yang Berkabus Menyebabkan Semua Agak Malas Untuk Bangun Pada Pagi Itu. Tetapi Tugasan Sudah Sedia Menunggu. Kena Jugak Bangun.hehe



Program Pelancaran Pun Bermula. Teman Bertugas Di Kawasan Majlis Santapan. Kawasan Pelancaran Dan Santapan Diadakan Di Dua Tempat Yang Berbeza Dimana Jaraknya Lebih Kurang 1km.







73
de
9W2SGN

Monday, May 25, 2009

PROSBOC : Autoshow Hari Bertemu Pelangan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah

Gambar2 Sempena Hari Bertemu Pelangan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
23 HB Mei 2009







Saturday, May 23, 2009

PENERANGAN DAN SKMM : Kini Adik Beradik..

Saje Je Nengok2 Laman Web Kementerian Teman Yang Baru.. Sejak Digabungkan Ia Dikenali Dengan Nama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Tengah Dok Nengok Jabatan2 Yang Berada Di Bawah Kementerian Ini... Ternampak Sesuatu Yang Menarik. Tengok Gambar Di Bawah Ini..



Dulu 5 Beradik.. Kini 15 Beradik... Ramai Tue...

73

Saturday, May 16, 2009

PROSBOC : 1st Nothern Region TT

**~~ 1ST NORTHERN REGION TT - 16MEI2009 ~~**
Bersempena Mesyuarat Perlaksanaan Dan Penyelarasan HARI BERTEMU PELANGGAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU,KEDAH Pada 23 Mei 2009
Lokasi : Restoran Nasi Kandar Hidayah, Seberang Jaya, Pulau Pinang



Monday, May 11, 2009

11 Mei 1982 - 11 Mei 2009 ... 27 Tahun Umurku Kini..

Ya Allah!
Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan,
ketenangan yang menyeluruh untukku dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu.
Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.

YA Rahman Ya Rahim,
aku bermohon kepadamu Kau ampunilah segala dosa²ku hari ini,
semalam yang telah lalu dan akan datang sama ada yang sengaja atau tidak .
Kau ampunilah dosa² kedua ibubapaku, guru²ku , sahabat²ku, jiran tetanggaku juga muslimin keseluruhannya.
Kau ampunilah kami semua.
Kau lepaskanlah kami semua dari azab api neraka dan berilah kami keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, kekalkanlah tahun yang akan datang dalam hidupku dengan catatan kegembiraan,
kebahagian dan kelapangan,
supaya aku dapat rasakan dalam detik hidup ini kenikmatan yang ada padanya.
Tetapkanlah imanku, kesihatan tubuh badanku juga kesenangan harta benda,
sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi.

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.

Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,

Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….

Amin Ya Rab’bil Alamin