Sunday, December 14, 2008

Juruaudio Visual ...

Salam Buat Semua. Semoga Terkhabar Sihat Buat Semua Rakan2ku Ataupun Pembaca Blog Ini. Hari Ni Teman Nak Bercerita Mengenai Jawatan Teman Sebagai Juruaudio Visual. Ini Pernah Ditanya Oleh Rakan2 Teman. Apa Sebenarnya Skop Kerja Anda Ni.

Sebelum Dinamakan Juruaudio Visual, Jawatan Teman Ni Lebih Dikenali Dengan Nama " Operator Wayang Gambar ". Kalau Rakan Yang Sebaya Dengan Ayah Teman Tentu Biasa Menonton Wayang Pacak. Ketika Zaman Tu, Televisyen Pun Sukar Nak Jumpa, Jadi Wayang Pacak La Hiburan Buat Orang2 Kampung Ketika Itu.

Sumber Dari Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak)

Wayang pacak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wayang pacak merupakan pertunjungan way
ang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam , ada sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan pos
ter bersaiz kecil dan besar brkaiatan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid,surau, dewan , rumah , sekolah dan sebagainya. Poster ini menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak . Di pertengahan tayangan diselitk
an pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam .

Antara filem dan drama yang ditayangkan ialah filem peperangan dari Indonesia yang dilakonkan oleh Dicky Zulkarnain . Drama yang ditayangkan antaranya ialah drama 'Gelombang' iaitu kisah percintaan pemuda yang bekerja sebagai nelayan.




Selari Dengan Perubahan Zaman Dan Kemajuan Teknologi, Jawatan Ni Kemudian Dinaiktaraf Dan Dinamakan Juruaudio Visual. Skop Kerja Teman Lebih Kepada Pengendalian Alat Siaraya Yang Terdiri Dari Konsol Mixer, Speaker, Amplifier Dan Juga Mikrofon. Kejayaan Sesuatu Majlis Dari Segi Kejelasan Audio Dan Kejayaan Persembahan Juga Bergantung Kepada Teman Dalam Mengendalikan Alat2 Tersebut. Teman Perlu Pastikan Suara Dan Ucapan Yang Dikeluarkan Dapat Didengar Oleh Penonton Dengan Jelas Dan Boleh Difahami. Dan Dari Segi Visual Pula Teman Mengendalikan Kamera Video Dan Juga LCD Projektor.




Itulah Serba Sedikit Mengenai Kerjaya Teman Di Dalam Jabatan Penerangan Malaysia Untuk Info Rakan2. Terima Kasih. 73

2 comments:

mshahnon said...

Assalamualaikum,
Saya cadangakan saudara menulis tentang teknologi mikrofon dan amplifier sebagai panduan. Juga pembetulan fakta, FINAS bukan Jabatan Filem Negara yang terletak di bawah KEMPEN. FINAS ialah akronim kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan terletak di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

aswad said...

salam....sy baru dpt tawaran kj sbg juru audio visual....tp ad diploma bleh bg tips x...