Friday, September 25, 2009

Perjalanan Raya Ku...

Sebelum Memulakan Bicara.. Salam Aidilfitri Buat Semua Rakan2 Radio Amatur Mahupun Rakan2 Yang Sudi Mengunjungi Blog Teman Nie... Ampun Dan Maaf Dipinta Andai Kata Terdapat Sebarang Kesilapan Dalam Tutur Kata Dan Perbualan Tidak Kira Dimana Jua.. Di Udara Mahupun Di Daratan...

Tahun Ini Beraya Cukup Jauh Perjalanannya...

Raya Pertama :
- Bertugas Di Masjid Ubudiah Untuk Program Solat Aidilfitri Duli2 Teramat Mulia Tuanku Bersama Rakyat Dan Kemudiannya Majlis Raya Jemputan Khas Di Istana Iskandariah Kuala Kangsar
- Pulang Ke Kampung TokWan Sebelah Ayahanda Di Port Weld, Taiping

Raya Kedua :
- Beraya Di Kampung Sebelah Mak Di Ulu Kinta
- Sesi Perkenalan Dua Keluarga Di Kampung Gajah, Perak
- Pada Malamnya Menyertai Rakan2 V20 Taiping Di Kedai Makan Bersebelahan Kem Tahanan ISA Kamunting.

Raya Ketiga :
- Berada Di Rumah Menyambut Kehadiran Saudara Mara Dan Sahabat2

Raya Keempat :
- Beraya Di Rumah Ayah Saudara, Pakcik Nasir Di Kuarters Polis IPD Perda, Bukit Mertajam Dan Rumah Pak Ngah Di Kuartes Polis Marin, Pulau Pinang
- Pada Malamnya Berjumpa Dengan Rakan2 Radio Amatur, 9W2PGN Ijat, 9W2TNY Katini Dan 9W2ABV Abu Di Hadapan Tapak FunFair Simpang, Taiping

Raya Kelima :
- Berada Di Rumah Menyambut Kehadiran Saudara Mara Dan Sahabat2

Raya Keenam :
- Paginya Berada Di Rumah Menyambut Kehadiran Saudara Mara Dan Sahabat2
- Perjalanan Pulang Ke Kuala Kangsar, Singgah Seketika Di Base 9W2ZAC Pak Zain, Penghulu Rakan2 Radio Amatur V20 Taiping.
- Singgah Seketika Di Padang IKS Lubuk Merbau Menghadiri Majlis Sambutan Raya Parlimen Padang Rengas Dan Bertemu 9W2ATN Atan. Berkesempatan Juga Bersalam2 Dengan Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar Y.Bhg Dato Mohd Gazali bin Jalal
- Malam Berkunjung Ke Base 9W2DKL Yob Pian & 9W2KLA Kak Lela, Seterusnya Ke Base 9W2ZBD Pak Ya Dan Bersama2 Beliau Membakar Ayam Dan Sosej Untuk Makan2 Sambil Berlabun.

Gambar2 Yang Ada Sepanjang Berjalan2 Di Hari Raya.


Sepanjang Perjalanan Kenderaan Cukup Banyak Dan Keadaan Jalan Yang Basah Akibat Hujan. Terima Kasih Atas Info Trafik Oleh Rakan2 Radio Yang Keudara Di Jaluran Transnasional. Banyak Membantu Dalam Perjalanan.


Adik Perempuanku Yang Gemar Bergambar. Gambar Di Kuaters Polis Marin Pulau Pinang. Kebetulan Kapal Terbang Baru Sahaja Berlepas Di Belakang Beliau.


Ayahandaku Dan Kedua Adik Perempuanku Bergambar Kenangan Di Atas Feri Berlatar Belakang Pemandangan Pulau Pinang Ketika Malam. Ketika Ini Hujan Lebat Dan Angin Kuat. Terasa Feri Bergoyang Dengan Kuat.


Sekali Lagi Bergambar Di Atas Feri. Ibundaku Sudah Terlentuk Kepenatan Di Dalam Kereta.

Akhir Kata, Salam Aidilfitri 2009, Maaf Zahir Dan Batin.

73
9w2sgn

No comments: