Wednesday, September 9, 2009

Yey Bonus.....


Cuepacs setuju bantuan khas, kecewa tiada bonus

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

Sumber : Berita Harian Online

9W2SGN Komen : Jadilah Dari Tak Dapat Langsung.. Lepas Gak Nak Bagi Duit Raya Kat Anak2 Buah.. Bersyukurlah..

1 comment:

Anonymous said...

kau kena tukar tajuk post kau nih bukan "yey bonus" tapi "yey bantuan"..kita mana ada dapat bonus..dapat bantuan jerk...macam ada tak kena jer ngan ayat -bantuan- tu!!!!